Psst2..Jom korek rahsia kegunaan serai nie.^^,
Semua kita tahu serai nie diguna untuk memasak makanan seperti masak ikan,fuh sedap.hehe. Tapi disebalik tu serai nie ada kegunaan lain tau.Nak tahu??Jom baca.
Petua nie makcik Dea yang bagitau.Sepupu Dea yang amalkan.Dea pun pernah amalkan sewaktu Dea mengalami masalah rambut memang mujarab.Tapi agak berbau sikit lah.Tapi tu bukan masalahnyakan.Yang penting masalah rambut takda lagi.Kalau berbau boleh cuci guna syampoo selepas guna cara nie..
Serai nie boleh menghitamkan rambut,melebatkan rambut,menguatkan rambut(bagi masalah keguguran rambut),dan memulihkan masalah rambut yang bercabang dan rapuh serta putus2.haa bestkan tak perlu buang duit banyak2 beli produk mahal2 untuk kembalikan rambut sihat.
Amacam?Menarik tak?Dea tak nak kongsi kalau nie semua tipu tau sebab Dea pun tak suka menipu dan ditipu.hehe..Oklah kita mulakan langkah pertama mestilah ada serai kan.Tahukan rupa serai macam mana.Tak tahu tengok gambar atas tu.Siap ada gambar pokok serai lagi tu.hehe.Jangan marah erk.Dea nie suka gurau2 jugak.Yelah takkan mau serius 24jam.Alamatnya bekedut muka takda senyuman.kan2.hehehe
Haa sekarang dah ada serai kan.Gunakan kalau rambut yang nipis macam Dea nie pakai 5 batang jer dah cukup Tapi makcik Dea cakap 7batang serai tu digunakan.Lepas tu cuci.kalau ada blender(pengisar)best..potong pendek2 masukkan dalam blender campur air sedikit dan kisarkan. Kalau tak pengisar boleh pakai lesung batu,potong juga dan tumbuk halus siap ditumbuk simpan dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit air dalam setengah gelas kecik. Kalau takda lesung batu dan pengisar boleh pakai cara makcik Dea nie.Makcik Dea guna cara mencincang serai tu halus2.cincang sehalus mungkin lepas tu campur dengan air.Dea ada satu cadanagan sini apa kata kalau gunakan alat untuk menghiris tu.Haa murah jer tu kan.Belilah satu.hehe..Hiriskan serai tu halus2 kemudian campurkan dengan air. setakat nie faham sudah?
Langkah seterusnya sediakan tuala atau apa2 jer yang boleh digunakan untuk membalut rambut anda. Mintak tolong kawan anda ke,mak ke,,adik ke,sapa2 yang dapat tolong anda untuk sapukan serai tu atas kepala sapukan pada keseluruhan kulit kepala dan rambut ya guna sikat rambut yang nipis tu . Dah siap sapu? Ok balutkan rambut guna tuala .Biarkan setengah jam.'ala lamanya Dea'makin lama serai tu atas kepala makinlah kesannya cepat tau.hehe.Dea sampaikan tertidur menggunakan tu tau.Jangan risau takkan meninggalkan kesan sampingan.Bukannya bahan kimia pun kan.hehe
Selepas dibiarkan setengah jam.Kalau xcukup masa guna dalam berbelas minit pun tak pa. Kemudian cuci bersih2 guna syampoo.Kejap2 masa anda sapukan serai tu pasti masih ada baki serai tu dalam mangkuk kan.Haa simpanlah boleh guna keesokan hari.Jangan disimpan lama aa..Nanti khasiat serai tu hilang.Paling lama pun 1 hari jer dalam peti ais.Tulah dea sarankan guna 5 batang serai jer untuk sekali guna.Tapi kalau jenis rambut yang panjang dan lebat gunakan 7 batang ya.:)
Amalkan kaedah nie paling kurang seminggu sekali pada hujung minggu ke atau waktu takda axtiviti.Kalau ada cuti panjang tu gunalah 2 3 kali seminggu.Lihatlah kesannya..Pasti anda genbira dan mengucapkan selamat tinggal rambut rosak.hehe.Jangan hanya pakai sekali jer.terutamanya masalah rambut yang teruk tu.mana da benda tu berkesan kalau sekali jer guna kan.hehe.Macam mana?Mudahkan.Kalau nak jimat duit kenalah susah sikit.yelah beli serai,blender then sapukan lagi..jika dibandingkan treatment rambut kat salon memanglah orang yang uruskan semuanya tapi duit pun keluar banyak jugakkan.nah..hehehe..
Selamat mencuba petua yang Dea kongsikan nie yer.Jangan lupa kalau berkesan bagitau Dea k. Dan jangan lupa kongsikan petua nie dengan mengajak rakan2 anda follow saya dalam blog.Kalau mau copy petua dea nie boleh jer cuma 1 bagitau Dea ye Ucapkan terima kasih ke hehe im just kidding.jangan merajuk erk...Dea tak minta lebih.Dea minta anda bagi komen jer..hehe.
Ok sampai sini jer petua serai Dea.
GBU
with Love~Dea



0 yg suka post Dea.Nk komen.klik jer sini.^^,:
Catat Ulasan